♡
Sunday, March 8, 2009, 4:15 PM
Okay, so here's my malay debate speech. MAUDUK: remaja melayu kini terlibat dalam banyak masalah sosial kerana kurangnya didikan agama(pencadang). Selamat sejahtera pada teman hadirin sekelian, Cikgu Shikin, dan tidak lupa kumpulan penyanggah di sana yang teramat dihormati. Saya, Syarafina, selaku pembahas pertama daripada kumpulan pencadang, kini ingin mengupaskan definasi-definasi daripada mauduk kita pada hari ini iaitu “remaja melayu kini terlibat dalam banyak masalah sosial kerana kekurang didikan agama”.
Bermulanya dengan remaja;- Apakah, tanggapan kamu terhadap remaja? Secara perundangan, tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan. Seterusnya, Melayu kini;- Melayu kini pula bermaksud pelajar-pelajar melayu yang merungkumi umur yang diberitahu dan juga kebanyakkan disangka orang muslim pada zaman moden ini. Dan akhir sekali, masalah sosial;- Masalah sosial pula memberikan pengertian kepada khalayat ramai bahawa sesuatu masalah yang melibatkan masyarakat dan pihak umum yang memerlukan penyelesaian meski apapun.
Seterusnya, saya ingin menyampaikan pendirian dan secara rumusan apa yang hendak kumpulan saya katakan sebentar lagi. Pembahas saya yang kedua, Sheela, akan membahaskan tentang keruntuhan akhlak. Sheela juga akan membahaskan salah satu fakta yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja iaitu penglibatan dalam jenayah dan punca yang dikenal pasti. Contohnya hubungan kekeluargaan, kehidupan yang terlalu mewah, pengaruh persekitaran dan juga pengaruh di sekolah. Pembahas yang ketiga, Asyura, pula akan mengetenggahkan cara-cara penyelesaian kepada keruntuhan akhlak remaja ini. Secara rumusannya, cara-caranya ialah peranan ibubapa terhadap si remaja, pendekatan akademik, mewujudkan sistem perundangan di sekolah, penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis dan akhir sekali, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian. Akhir sekali, pengulung kami, Illya, akan menegaskan hujah-hujah pembahas kami bertiga dan juga menekankan pendirian kumpulan untuk menggulung mauduk ini.
Baiklah. Benarkan saya untuk membentang isi-isi saya pula. Belakangan ini, terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan.
Dengan itu, kami sekumpulan berpendirian tegas terhadap mauduk ini. Terima kasih. TOTAL WORDS:404
|